Thursday, March 8, 2018

Instrument Pembayaran dalam kehidupan harian kita


Instrumen Pembayaran
Instrumen pembayaran merupakan sebuah alat yang digunakan untuk membayar sesuatu seperti barang-barangan dan bil.

Jenis-jenis Instrument pembayaran :
Instrument Pembayaran
Gambar
Wang Tunai

Kad Kredit

Kad Debit

Kad Pra Bayar

Cek



Instrument Pembayaran : Wang Tunai

WANG TUNAI



Wang tunai merupakan satu alat yang digunakan untuk membeli barang atau perkhidmatan.  Biasanya, wang tunai digunakan sebagai instrument pembayaran tunai.  Penggunaan wang tunai dalam kehidupan manfaat kepada kita.  Kita tidak akan berhutang apabila berurusan dengan wang tunai.  Namun, wang tunai juga mempunyai kelemahannya.  Apabila kita membawa duit yang banyak, kes kehilangan atau kecurian akan berlaku.  Contoh penggunaan wang tunai ialah Siti membeli sebatang pembaris dan dua batang pensel dengan harga RM2.60.  Dia membayar dengan menggunakan sekeping wang kertas RM5.00.

Instrument Pembayaran : Cek


CEK


Cek didefinisikan sebagai surat perintah atau permintaan kepada bank penyimpan wang atau digunakan untuk membayar jumlah khusus dalam sesuatu mata wang.  Kelebihan penggunaan cek adalah pembayaran transaksi besar dapat dilakukan dengan mudah.  Kontrasinya, kesilapan mudah wujud semasa penggunaan cek dan menyebabkan cek tersebut hilang kegunaannya.  Contoh bagi penggunaan cek ialah bapa Midah ingin menderma RM1000 untuk murid yang miskin.  Dia telah memberikan sekeping cek yang berjumlah RM1000 dan diserahkan kepada guru besar sekolah tersebut. 

Instrument Pembayaran dalam kehidupan harian kita

Instrumen Pembayaran Instrumen pembayaran merupakan sebuah alat yang digunakan untuk membayar sesuatu seperti barang-barangan dan bil. ...